Sesi pemilihan menerusi Astro Kem Badminton 2022 yang dianjurkan di lima negeri tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan ibu bapa yang mengimpikan anak mereka berlatih secara profesional.<br /><br />Bagi penganjuran di Kota Kinabalu Sabah, ibu bapa sanggup meredah perjalanan sehingga 12 jam bagi menyokong minat anak mereka dalam arena badminton.